15 ciri sahabat..
Author: criterkiter
|
at:Friday, January 30, 2009
|
Category :
information
|
Tadi, kiter blogwalking... Tiba2 terjumpa satu blog ni... (myra-aida.blogspot.com).. Kat situ
ada entry yang bertajuk 15 ciri insan bergelar sahabat... Kiter terfikir nak kongsi ngan kengkawan ... So kiter copy dari situ... Harap2 penulis blog tu tak marah kat kiter ek...
15 ciri sahabat... :)
1. Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka & duka.
2. Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
3. Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu &
terbaik pada kita tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada
kita.
4. Insan yang membela & menutup aib, kesalahan & kesilapan kita
kepada orang lain tetapi pada masa yang menegur &
menasihati kita
di belakang mereka.
5. Insan yang menerima diri kita sama ada baik& buruk tanpa sebarang
syarat.
6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit
demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya &
menggadai nyawa kerana kita.
7. Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita
daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang
oleh agama.
8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, & pemberi motivasi
apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
9. Insan yang dijadikan tempat untuk meluahkan segala permasalahan
hidup & perasaan kita.
10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa
membocorkannya kepada orang lain.
11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa
bersama kita.
12. Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus
berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya
kepada kita tanpa sebarang syarat.
14. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali
selepas solat.
15. Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil
dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 orang bersuara:
x marah pown...hehe...
kongsi2...mmg post 2 untuk dikongsi pown..
Nice entry... :)
Nice blog and Nice entry... :)
Thanks Mira...
Thanks to Nazz to...
Salam...
susah nak cri shbt dunia akhirat nih..
Student, memang betul pon..
Post a Comment