Birthday...

Subscribe in a reader

Orang kate, tarikh lahir melambangkan sifat dan sikap seseorang.... So, kiter nak kongsi sikit tentang tu... Sama2 la kiter hayati... Adakah ia betul mahupun satu kebetulan atau, tidak tepat sama sekali...

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.

Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yangtelah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya.

Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 17 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul.

Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah.

Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 18
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela
berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau
jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab
itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


cube teka???

Subscribe in a reader

Erm...kiter nak mintak kengkawan selesaikan.....

R+CAT+SHOE-RAT+SUN-CHOSE+MOON+I-NOON+GOAL+T-GOAT-U+E=...??

Cube la selesaikan...nanti kiter bagi jawapan nye ek... sape yang btol, dapat hadiah penginapan 3hari 2malam, di rumah sendiri...hehe..(",)

Stop...

Subscribe in a reader



Kalau korang prasan, kiter dah letak lagu baru...... untuk yang nak nyanyi skali, ni liriknyer...





Stop. Simpan sahaja perasaanmu

Stop. Menurutku itu tak perlu



Stop. Jangan buang waktu, percuma

Stop. Kau tahu aku memang tak bisa

Menerimamu untuk jadi belahan jiwaku

Menjadikanku dewa pada siang dan malammu

Berhenti..



Berhentilah mengharapkan aku

Sempurnakan hidupmu

Menyinari hari-harimu

Berhentilah..

Aku tak seindah rayuan manismu

Sungguh aku tak sehebat itu!



Stop. Menjanjikanku ini itu

Stop. Rayuanmu aku tak perlu

Stop. Jangan buang waktu, percuma

Stop. Kau tahu aku memang tak bisa

Menerimamu untuk jadi belahan jiwaku

Menjadikanku dewa pada siang dan malammu

Berhenti!



Berhentilah mengharapkan aku

Sempurnakan hidupmu

Menyinari hari-harimu

Berhentilah!

Aku tak seindah rayuan manismu

Sungguh aku tak sehebat itu!



Menerimamu untuk jadi belahan jiwaku

Menjadikanku dewa pada siang dan malammu

Berhenti!



Berhentilah mengharapkan aku

Sempurnakan hidupmu

Menyinari hari-harimu

Berhentilah.

Aku tak seindah rayuan manismu

Sungguh aku tak sehebat itu!



Berhentilah mengharapkan aku

Sempurnakan hidupmu

Menyinari hari-harimu

Berhentilah!

Aku tak seindah rayuan manismu

Sungguh aku tak sehebat itu.

April Persons!!!

Subscribe in a reader



Oleh kerana kiter ni lahir bulan April so, kiter nak kongsi dengan kengkawan semue ciri2 orang yang lahir bulan April ni... Tapi, jangan percaya 100% tau...

  • Aktif & dinamik (bagi kiter yang ni tak brape betol)


  • Punya daya mental yang sangat kuat (mm..btol ke?)


  • Sensitif (no komen)


  • Kuat daya ingatan (fuyoh...tak sangke..)

  • Berpenyakit di sekitar kepala & dada ( ye la kot)

  • Gerak hati yang sangat kuat (ade la cket..)

  • Pemurah (hahaha...yang ni, kena tanye pendapat orang len)

Erm...korang rase, semua ni leh caye ke????

For friends

Subscribe in a reader

I want you know that...

Friendship means a lot to me....

U happy, I lough...

U sad , I cry...

AND....

U jump out the window,

I look down & shout...

" Fuiyo..confirm mati.."

Hehehe it's just a joke..

Kiter nak tanye....

Subscribe in a reader
Kiter nak tukar lagu yang ade tu,tapi tak sure nak letak lagu ape.... Tolong bagi cadangan... Nak kekalkan lagu tu ke,nak tukar????Kalau nak tukar, nak letak lagu ape.....???

Tip Belajar 2

Subscribe in a reader

Kali ni kiter nak bagi lagi 5 tip.........
Tip 6
Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif.
Tip 7
Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
Tip 8
Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
Tip 9
Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
Tip 10
Segala kehebatan sudah ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

Wish me succes!!

Subscribe in a reader



Hai...kengkawan skalian...Kali ni,kiter nak mintak tolong kat korang semue......t'utama skali yang beragama islam tu..........Tolong doakan kiter dpat 9A1 untuk PPT ek..........Tolong sgt2... Kalau boleh doakan kejayaan kiter sepanjang hayat..AMIN...



Kepada siape yang mendoakan,insyaallah...Allah kan berikan kejayaan dunia akhirat......Thank You...

Tip Belajar 1

Subscribe in a reader

Mulai minggu nie, kiter akan bagi 5 tip blajar setiap 2 minggu....
Tip 1
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
Tip 2
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.
Tip 3
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
Tip 4
Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.
Tip 5
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
Kiter harap tip2 ni akan membantu kengkawan yang masih belajar.....
P/S: Kalau kiter terlupe nak bagi tip, korang inagtkan la ek....

Frenz

Subscribe in a reader

Ish...lame dh rasenye tak jumpe best friends kat sekolah rendah dulu...yela.. camne nak jumpe, dyorang skolah kat tempat lain...yang satu skolah pon kelas lain2..jauh plak tu...bertegur sapa pun jarang...dah tak rapat cam dulu...masing2 ikut haluan sendiri...ni baru skolah menengah, dah jarang jumpe....kalau kat universiti nanti lagi la..tak kenal agaknye...Rase cam nak masuk skolah rendah balik la....(jangan nak brangan la intan oi..)

Ni la kawn paling rapat kat sekolah rendah..

=Shuhadah,Intan Syazwani,Malin,Kiter=



Takpe,walaupon terpakse tinggalkan kawan lame, kawan baru kat sekolah menengah ade....dyorang pon bek gak....antara yang paling baik ialah budak2 nasyid mase tu la....

Ha..ni la kawan antara kawan kiter kat sekolah menengah...

=Diayana,Pu3,Nadia,Sj,Lili,Ecah,Atikah,Kiter=

Tae Kwon Do

Subscribe in a reader



Kiter rase mesti kengkawan ramai tak tau...sebenarnye kiter budak tae kwon do.. jangan tak percaye plak... Bukan stakat ahli tae kwon do biase, actually kiter senior dalam tae kwon do... pemegang tali pinggang merah taw..(terer tak?..)huhu.. so,jangan carik pasal nagan kiter, nanti kena terajang...hehe..ni pon bulan 6 ade test lagi...yeye..tak lame lagi dapat tali pinggang hitam.. (jangan jeles)..



Kiter nak ajak kengkawan pompuan ...jom join seni mempertahankan diri.. perempuan zaman sekarang kena ade ilmu ni sebab zaman sekarang ni bahaye cket..(jangan blaja ilmu hitam plak).. Walaupon korang seorang yang lemah lembut, masih perlu blaja ilmu ni.. kalau tak nak blaja tae kwon do tak pe... silat,karate, judo, kung fu ade.. ( mcm2 ade )...

DOAKAN KITER PAST TEST TAE KWON DO BULAN 6 NANTI EK...

P/S:Walaupon gambar tunjuk kiter pakai tali pinggang hijau,tapi sebenarnye kiter tali pnggang merah...tak sempat nak tangkap gambar lagi la...

Happy Teacher's Day

Subscribe in a reader

Hai semua..sori dah lama kiter tak citer kan...This week busy sangat..coz ade PPT (peperiksaan pertengahan tahun)...mmm hari ni hari guru kan..(sebenarnye dah tau, saje tanye).. tadi kiter pegi sambutan hari guru kat sekolah ..mcm2 persembahan ade.. bukan plajar je yang wat persembahan, cikgu pon ade...(skali skale nak tunjuk bakat t'pendam)...cikgu ade gak mintak kiter ngan member perform tapi maklumlah, cikgu tak jadi nak suruh sbab kitorang kenakan bayaran tinggi...yela..penyanyi popular mestilah bayar mahal...hehe..tak de la, cikgu tak mintak kitorang perform pon...pilu tau..(gurau je)..



Kengkawan ingat tak jase cikgu? Kalau ingat bagus..sebenarnye cikgu bukan mintak kite semua belikan banglo sebijik untuk balas jase mereka...eh,sebuah banglo(camne simpulan bahasa boleh salah nie..)....mereka cume nak tengok kite b'jaye jer...cume tu lah harapan mereka... sempena hari guru ni kalau kengkwan tak de duit nak bagi hadiah power2, cume ucapkan 'SELAMAT HARI GURU, CIKGU'... itu pon dah buatkan cikgu rase diri mereka dihargai..walau macam mane garang sekali pon cikgu tu..dia tetap sayang kat pelajar die...



'Hargailah Guru Anda'...'Guru Umpama Pelita, Sanggup Membakar Diri Untuk Menerangi Kita'..

Tulisan rumi convert ke jawi

Kiter rasa tidak ramai kengkawan yang ada software yang boleh convert tulisan rumi ke jawi. Jadi bila ada tugasan yang memerlukan tulisan jawi, masalah akan timbul. Ada ke tak de kalau nak selesaikan, buat secara manual la kan (tulis tangan la tuh..)



Ada satu web ni ia ada sediakan perkhidmatan secara online untuk convert tulisan rumi ke jawi. Tak susah, taip ajer apa ayatnya dalam tulisan rumi lepastu tekan convert. Taraaa... di dah convert da..



Jika berminat klik kat link ni yer..



Terima kasih buat My Blog - Rizz, kat situ kiter ada jumpa macam-macam lagi tentang software dan komputer..





Subscribe in a reader

Takwim Peperiksaan 2008

Ini untuk kengkawan yang perihatin dan yang dah tak sabar nak ambik peperiksaan. Takwim peperiksaan 2008 kiter dapat dari blog Cikgu Farizal Dot Com rasanya memang berguna untuk kiter pelajar nih....

Terima kasih cikgu..



Takwimtakwim


Subscribe in a reader

HAPPY MOTHER'S DAY..

Hari nie, brape hari bulan ek...ops, tak sedar.. dah 11/05/2008 rupenyer.... kengkawan sume ingat tak hari ni hari ape??? (hari ahad)..ari ni hari ibu... kengkawan sume dah wish hari ibu blom kat ibu korang... kalau dah wish bagus.. tapi jangan time hari ibu je nak kenang jasa dan pengorbanan ibu masing2...sepatutnye, hari2 korang kena wat camtu.. kiter tak boleh nak kucup tangan ibu atau cium dahi ibu hari2 sebab kiter budak asrama.. kiter ni penghuni aspuri sek men telok panglima garang...(promote nama sekolah lak).. tapi kiter tak garang tau....

Tapi..untuk pengetahuan semua..sebenarnye,hari ibu adalah satu upacara orang kristian..mereka sambut hari ibu untuk mother...ape ye...tak ingat la namenye..(tak penting untuk diingati pon)..tapi kiter ingatkan hari ibu bukan kerana nak ikut orang kristian.. niat sebenarnye nak korang kenang jase dan pengorbanan ibu,mama,mak,mom,mother,bonda korang......kalau bukan kerana mereka, korang belom tentu ade kat dunia nie... akhir kate, kiter nak ingatkan... BERBUAT BAIKLAH DENGAN IBU BAPA SEBELUM MEREKA MENINGGALKAN KITE...(tanpa mereka sapelah kite)..

THANKS MOM...Ibu

Subscribe in a reader





Kiter pegi perbahasan ala-parlimen



Mase tu..brape haribulan ek..ha..01/04/08 (time april fool tu..).. kiter pegi perbahasan ala- parlimen kat smk seri serdang... sebenarnye pegi bukannye kiter nak bertanding, tapi kiter cuma pelapis jer... cikgu yang pilih pergi perbahasan nie..dye kate kiter ade bakat nak jadi pembahas... (alamak, terkembang la plak)...sebab tu lah cikgu nak kiter tengok camne senior2 berbahas... mule2 tu, pening kepla la gak pikir,nak pegi ke tak nak..sebab hari tu,kiter ade latihan nasyid... tapi bile dipikirkan balik..peluang ni datang sekali setahun so, kiter join la...



Cikgu suruh berkumpul kat kantin sekolah kul 7.15 pagi..(awalnyer..).. so, kiter dengan bersemangatnye dah prepare semua barang2 dari malam nye lagi... tapi, malangnyer..kiter bangun lambat pagi tu... kul 7.20 baru sampai kat sekolah..takut gak kene tinggal... tapi sampai je kat sekolah tengok cikgu pon blom sampai lagi...tunggu punye tunggu last2 kul 8.30 baru bertolak... ish.. rase bengang pon ade time tu..tapi takpela..redha..



Ramai gak la yang pegi sebagai pelapis hari tu...tapi tak ingat semua la..tapi yang kiter paling ingat kiter ngan kawan kiter la..name dye a'ah ngan 'z'.. (due2 ni pompuan tau).. Sepanjang perjalan tu macam2 cikgu tanye..pasal usahawan muda la..nasyid la.. so, untuk mengelakkan diri dari ditanye lagi, kiter pon ambik keputusan nak tido je...hehe..(nakal tak?)..



Lame gak la kiter tido...lepastu baru a'ah kejutkan, die kate dah sampai..kat sane mule2 daftar dulu..pastu cikgu bawak kitorang pegi tempat bahas..kiter nagn kawan kiter ingatkan boring taw time perbahasan tu...so, kitorang bawak la makanan..hehe..(cam nak berkelah jer)..tapi bile dah start, rase best la plak...mule2 rase skolah kiter cam ade harapan nak menang....last2.. alhamdulillah.. sekolah kitorang kalah...huhu.. tapi cikgu kate it's okay..tahun depan ade..

TAKPE..KITER CUBE TAHUN DEPAN..(tahun depan mesti menang sebab kiter yang jadi pembahas)hehe..

Kiter lawan nasyid tau...

Hi.. bila ingat macam lawak pulak, camna la kiter leh pegi lawan nasyid. Tapi dah terpilih, apa nak buat. Mungkin muka kiter, muka baik kot.... Masa tu 05/04/08 kitorang satu-satunya grup yang mewakili sekolah kitorang. Kengkawan yang join sama ada 9 orang... hui rasa macam best jer.



Ni nama-nama kengkawan kiter yang ikut sama.. Atiqah, Diayana, Nadia, Aefa, Syahira,Putri (mcm putri santubung lak),Lily,Ecah ngan kiter lah... Eh lupa lak kiter lawan nasyid kat SAMTTAR Sg Manggis. Sampai kat sana lebih kurang pukul 9:00 pagi, orang dah ramai dah. Kiter rasa, boleh lawan ker nih? Korang tau, ada 18 kumpulan yang bertanding waktu tu....





Lepas tu cikgu suruh kitorang stand by sebab grup kitorang terpilih grup yang ke tujuh buat show ... sampai jer turn kitorang, kiter melangkah macam artis lak. Ramai betul mata yang mandang, ada yang mengutuk kot? tapi caya tak, raamaaai yang puji show kitorang. Sakit betul tangan, sebab kiter sambil nasyid kena main alat muzik (gendang-gendut tali kecapi). Akhirnya pengumuman.... "pemenangnya ialah...!" adus kiter tak tau pun, sebab kitorang dah balik dulu.. heh he he.. tapi yang pasti kitorang tak kalah tau dan lebih aub lagi kitorang pun tak menang..





Jadi pengalaman buat kitorang... lain kali nak masuk bertanding grup nasyid Jazz plak lah (ader ker?)..... Buat kengkawan kiter, sabor yek...



Masa tu terjumpa lak ramai kengkawan lama... diorang yang kenal kiter, kiter tak perasan lah maklumlah kengkawan dah besor panjang sekarang ni. Ada sorang ni memang kawan baik masa kat primary school dulu.. Guess what? nama dia pun INTAN... Seronok jumpa geng lama nih..

Harap-harap jumpa lagi lain kali... insyaallah.
 

criterkiter Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template