macam mana ni ?

macam mana ni..
kerajaan suruh kita jadi rakyat yang prihatin,
tapi bila kita nak tau sikit,orang kata,
"ish ! busy body betol.."
kita kata, "ala.. camane ni ??"

macam mana ni..
cikgu kata kalau nak pandai kena rajin baca buku,
tapi bila kita baca..cikgu kata,
"cikgu nak semua orang pandang papan hitam..jangan tengok buku.."
so. kita, "aduh.. camane ni ??"

macam mana ni..
doktor kata tidur yang cukup baik untuk kesihatan..
tapi bila kita tidur.. ibu kata,
"dah, dah ! bangun ! tidur dari pagi sampai ke maghrib.. anak dara apa ni??"
kita pun, "eee..camane ni ??"

macam mana ni..
pengetua pesan, dalam exam jangan meniru..
tapi bila kita tak tiru, cikgu kata,
"apa ni?? add math yang senang kacang ni pon dapat 30 markah aje? tuuttt ke ape??"
maka kita, "alamak.. camane ni ??"

macam mana ni..
kita kata nak berjaya dalam hidup la, nak gaji besar la..
tapi bila disuruh belajar,
"ala.. malas la..esok2 pandai sendiri la..tak payah belajar.."
time tu, ibu kita pulak yang cakap,
"adoiyai ! camane ni.."

macam mana ni..
sibuk pertikaikan orang lain dalam salah sendiri..

tapi tak pernah cermin diri kita masing2..
so, camane ni??
lu pikir la sendiri..
assalamualaikum..


5 orang bersuara:

+akufobia+ on June 9, 2010 at 4:57 PM said...

tunjuk hebat sehingga mereka senyap tak persoalkan lagi.

Janggel on October 18, 2010 at 4:54 PM said...

masing-masing buat hal masing masing.;p

Car Loan Calculator on December 22, 2010 at 11:39 AM said...

Just do the best that you can.....fighting....

cuppies4you on March 24, 2011 at 2:36 PM said...

good article to muhasabah ourselves :)

thank you for following us
cuppies4you 2nd giveaway

Looking for a Car? on June 8, 2011 at 11:47 AM said...

buat je pe yg ko nak buat
tak yah pikir orang lain

Post a Comment

 

criterkiter Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template