Mengenali Personaliti Melalui Jenis Darah

Tadi kiter blogwalking, dan kiter singgah blog Azwan , kiter terjumpa entry die yang bertajuk mengenali personaliti melalui jenis darah... Disebabkan kiter nak share ngan kengkawan so, kiter copy n paste la kat sini... Harap tuan rumah tak marah la ek...

Sesetengah orang dengar pasal darah tentu rasa takut kan... Ok... Sekarang kalau kengkawan nak tahu jenis darah???... Apa kata baca artikal di bawah ini kerana darah juga boleh mengenali personaliti. Kalau rasa ragu-ragu elok pergi jumpa doktor atau pun anda buat derma darah (Dapat pahala besar derma darah). So check it out...

Darah A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.

Darah B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.

Darah O
Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain.
Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.


Darah AB
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.


Darah ABC
???... Suka makan Ais Batu Campur kot... Tengah kaji selidik tentang darah ABC... So siapa ada darah ABC, boleh komen sedikit kat blog nie...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu, kiter juga terjumpa maklumat yang hampir same dari tempat len...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap manusia memiliki golongan darah yang berbeza-beza dan dapat di bezakan menjadi 4 golongan darah . Dari golongan darah ini juga membawa sifat yang berbeza-beza bagi karakter seseorang, memang tidak selalu sama secara identik tetapi secara garis besar sama.

Golongan darah A
----------------
Biasanya orang yang serius dan penyabar,orangnya tegas dan dapat dipercaya, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala.Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .

Golongan darah B
----------------
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di perbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.

Golongan darah O
----------------
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

Golongan darah AB
-----------------
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan

Sifat-sifat diatas tidak mutlak semuanya akan sama persis, sifat manusia juga dipengaruhi dari kromosom orang tuanya, kromosom adalah pembawa sifat keturunan, ini juga mempengaruhi karakteristik seseorang, tidak dapat disimpulkan 100% hanya dari golongan darah saja.



P/S: Ape jenis darah korang???

4 orang bersuara:

Farahani on March 16, 2009 at 8:23 AM said...

Salam Kak,

Saya fobia dengan darah tapi masih berdegil nak jadi doktor.Macamana ni kak?

Hahaha..:))

Anonymous said...

DJ, kiter bukan fobia, tapi tak suke tengok darah... Tapi kiter tetap nak jadi doktor... Huhu...

azwanalaman on March 16, 2009 at 11:51 PM said...

Ok... Bagus2...
Thankz promote address blog saya walaupun masih dalam Under Constructions...
So k lah... saya taruk artikal tue coz nak tarik pelawat2 utk masuk kat blog saya...
Kalu Intan tak keberatan add follow kat blog saya bleh... :D

Anonymous said...

Azwan, ok nanti kiter follow...

Post a Comment

 

criterkiter Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template